Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga saviour .
Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera sentiasa .

Entri terbaru ini sekadar satu selingan daripada penulis blog ini buat semua warga Saviour yang kini berada dalam bulan Ramadhan . Bulan yang penuh keberkatan ini telah tiba sekali lagi , dan syukurlah ke hadrat Allah s.w.t , kerana masih lagi kita diberi kesempatan dan peluang untuk sekali lagi bertemu dengan bulan ini yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan .

Sekadar peringatan buat semua , sama-samalah kita berusaha untuk mengevolusikan diri kita ke arah satu tahap yang lebih baik . Berada dalam madrasah tarbiah Ramadhan ini satu peluang yang tidak seharusnya kita sia-siakan . Gunalah peluang berada dalam bulan ini untuk meningkatkan amal ibadah kita kepada Allah s.w.t , untuk sama-sama kita lebih menghayati betapa indahnya agama ini .

Buat sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam , cubalah bersama-sama merasai betapa indahnya berpuasa bersama sahabat-sahabat , cubalah , saya memberi jaminan tidak akan ada sedikit pun kekecewaan yang akan anda rasai , sebaliknya hanyalah satu keindahan yang dapat dirasai terutamanya ketika berbuka puasa beramai-ramai .

Akhirul kalam , sama-samalah kita berusaha menuju ke arah menjadi insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t seperti mana yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah , ayat 183 , yang mafhumnya , "Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan keatas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan keatas umat yang terdahulu sebelum kamu , agar kamu bertakwa ."

Semoga Ramadhan ini menjadi medan terbaik buat semua manusia untuk berubah ke arah yang lebih dinamis dan terbaik .

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN BUAT SEMUA SAVIOUR0809 .

ikhlas ,
insan dari UTP . ^__^

No comments:

Post a Comment