Friday, September 10, 2010

Raya @ Mesir

SALAM AIDILFITRI

Al-awwal, aku nk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat semua oasis0809 aka Saviour..

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut ketibaan Syawal di Mesir..suasana memang berbeza..sebab berjauhan dengan keluarga dan kawan2..tapi tak mengapa, selama aku di mesir ni banyak pengalaman2 yang baru, suasana yang berbeza, tempat yang berlainan, manusia yang pelbagai dan macam2 lagi lah..

Malam raya aku kat mesir ni, aku lansung tak tidur..bukan sebab excited nak raya, tapi sebab ak dah tidur sblm asar..kah3..tak de la..memang malam tu aku x dapat nak pejamkan mata..dalam pukul 4.30 pagi (9.30 pagi Malaysia) ak ber-skype r dengan family aku..rindu giler r dengan family aku..da la x dpt beraya dengan mereka..huhu..

Sampai pukul 6 pagi tuh, dengar2 tok arab dah start takbir raya..perghhh, awal lagi ni..tapi aku ngan kwn2 ak solat aidilfitri dekat Masjid Musa..dalam 1 KM dari rumah aku..sebab solat dekat masjid Musa tuh, lpas tok arab abis Solat raya barulah Umat Islam Melayu masuk dalam masjid solat..tok arab solat Raya awal, 7.30 pagi tuh da abis..takbir raya pown lain dari yang lain..pelik2..

tapi tak pe..dalam Masjid Musa tuh, semuanya orang Melayu solat kat situ..khutbah pown dalam bahasa Melayu jugak..so, abis Solat Aidilfitri..kami dijemput ke RUMAH KELANTAN BARU..sebab kat sana ada jamuan hari raya la sikit..dapat jugak aku merasa Satay and Nasi Himpit..hahaha..rindu plak dkat rendang, lemang..biskut raya..huhu..on da way nak pergi jamuan tuh, semua orang mesir tengok pelik je..ye la..pakai baju melayu sepasang brjalan ramai2 pergi rumah kelantan tuh..hahaha..

so,setakat ni dulu la ceritera Sang Doc-to-be..aku minta maaf r kalau ade silap dan salah sepanjang perjalanan hidup ku di ASiS sebelum ini..

akhirulkalam : ALL DA BEZ..
K.I.T
SELAMAT HARI RAYA

Penulis : Irfan


1 comment: