Mengimbau kembali kenangan aku semasa di sekolah dulu, bercampor rasa hati dan perasaan. Ada ketika aku rasa lega sudah tamat sekolah. Tak perlu lagi membuka pancuran air, jirus ke badan seawal 5.30 pagi. Gigil kesejukan. Leteran Ustaz Khiruddin kedengaran dari corong pembesar suara. "Pelajar ASiS sila segera turun ke surau sekarang juga!"
Namun saat itulah yang aku tak akan rasai lagi. Ianya tak akan berulang pada masa di varsiti. Inginku putar masa supaya aku boleh betolkan keadaan di sekolah. Cadar yang aku terlupa untuk tegangkan, masa riadah yang aku guna untuk tidor, dan baldi kawan yang aku hilangkan.
Pernah juga sekali aku kotorkan ketuhar gelombang mikro yang terletak di satu sudut dalam kedai koperasi. Aku terlebih panaskan roti jagung. Habis intinya mengotori dinding dalam ketuhar gelombang mikro. Pastinya Cikgu Rijal menyumpah seranah. Jadi mangsa sudah tentu budak-budak koop.
Bilik kelas bukannya jadi tempat untuk aku studi kebiasaannya. Aku lebih gemar memileh surau. Rehalnya lebih selesa dari meja dan kerusi kelas. Masa prep ada yang gunakannya untuk ulangkaji pelajaran. Kebiasaannya mereka yang di kelas pandai. Pada pemerhatianku, masa prep mereka jarang sekali dicemari dengan kebisingan perbualan. Di kelas lain pula, bunyi bising itu biasa. Rebut surat khabar, kadang-kala ada yang menjerit digetar kangkang kemaluannya dengan kaki.
Itu semua kisah silam. Buat kita tersenyum saat mengingatinya. Masa sekarang, kelompok Saviour perlu kedepan dalam masyarakat. Definisi kata Saviour adalah penyelamat. Aku masih ingat perjumpaan pada malam itu, berdiskusi dalam surau soal memilih nama batch. Dalam hiruk-pikuk perbincangan, nama Saviour diusulkan. Ada banyak cadangan nama pada malam itu. Aviva antara yang aku maseh ingat. Diberi hujah bahawa Saviour artinya penyelamat, di mana batch dan kelompok ini yang akan jadi penyelamat pada masa depan.
Penyelamat apa pikirku ? Sudah pasti Saviour perlu jadi kelompok yang menyelamat masyarakat dan tanah air. Selari dengan motto "Menzahirkan pemimpin bertaraf dunia". Pemimpin lahir dalam kacau-bilau masyarakat, mereka yang ke depan, bersuara dan melawan penindas. Menyelamat yang ditindas.
Aku chukup bangga dengan batch ini. Masing-masing sudah dalam perjalanan mencapai cita-cita. Dalam proses penzahiran untuk menjadi pemimpin. Anjurkanlah satu pertemuan/reunion. Sibuk mana kita sekalipun, ayoh berjumpa. Buatlah di mana-mana pun. Tujuan aku menulis sebenarnya untuk ajak ber-reunion. Tamat tazkiroh.
2.50 pagi
Aidil Adha, Hari Raya ke-2
nice. any suggestions on the reunion can be posted on the batch's wall, looking forward to it! :D
ReplyDelete