Monday, July 16, 2012

Sembilu Perasaan- by dayat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada warga oasis the 6th (saviour) sekalian... Disini aku ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat-Nya kerana masih boleh bertutur dan berusaha mencari yang hak di atas dunia yang fana ini. Alhamdulillah juga kerana hubungan antara kita semua tetap utuh. Buktinya, batch Saviour yang menunjukkan amaun yang begitu signifikan. Terima kasih semua. Herm, tak guna gak kan nak cakap banyak cuma camni lah kawan2 semua. Korang x pernah rasa ke yg kita ni 'merindui' satu sama lain dan saat kita bersekolah dulu??? Ya, sewajarnya aku tak berhak nak bercakap macam ni, aku kan 'kutu rayau' sekolah dulu. Tapi demi Allah dan demi Rasul aku amat merindui kalian semua. Di mana walaupun kerap berbuat salah, aku tetap disanjung dan diperlakukan serupa dengan pelajar2 lain. Haa, nampak... Aku x taw lah weyh kenape aku ni. Rasa rindu kepada sekolah dan korg semua membuak2 skrg ni. Pastu mesti ramai yang pelik kan aku bercakap macam ni. Susunan ayat yang mungkin lebih menampakkan kesempurnaan berbanding dahulu. Xboleh weyh, dayat sekarang mengangkat darjat bahasa melayu, bangsa kita sebagai sesuatu yang unggul dan dinamik. Haa, seblum terlupa. Salam jutaan kemaafan aku pohon dari korang semua andai pernah terlancang bicara dan terlampau perlakuanku terhadap kalian semua. Satu pesanan ikhlas untuk korang semua ye. Kita tak akan pernah dapat mendakwa yang kita betul2 tahu akan sesuatu tapi soal penghuraian sesuatu isu itu tak dapat kita uraikan dengan begitu lancar. Macam ni contohnye ye. Kita belajar, belajar dan belajar. Tapi untuk apa? Adakah untuk mempunyai pekerjaan tetap? Haha, lazimnya untuk lebih menampakkan yang kita mengutamakan konsep keinsanan, rata2 akan menjawab, 'Aku nak sara mak ayah aku yang bela aku sejak kecil'. Sejauh mana kita berlaku jujur di saat ayat ini diutrakan dari mulut kita? Mesti ramai yang keliru kan. Ya, kamu boleh membentuk seribu kata-kata tapi itu semua bukan bukti unggulnya perasaan. Tidakkah kita semua sedar bahawa kita masing2 telah meletakkan diri kita untuk menganggap duit sebagai MATLAMAT utama??? Inilah yg aku lihat ramai golongan belia melayu skrg kejar2 kan. Mereka silap!!!! Duit hanyalah sebagai satu alat untuk mencapai matlamat, dan ianya bukan MATLAMAT. Dan bile wang diangkat darjat nya sebagai matlamat, tu yg jadi banyak hal tu. Dalam femili kita, kerajaan sekalipun. Kebobrokan sistem pentadbiaran mana2 institusi pun terjejas kan. Mintak maaf la korg, aku hanya menulis apa yang bermain di benakku sekarang. Dan ya, ada hadiah untuk korg di pagi yang indah ini. Hayati sedalamnya dan kalian akan sedar akan keperihalan hidup sebenar. Terima kasih kepada yg sudi baca apa yg aku tulis ni dan aku mintak maaf byk2 andai apa yg aku tulis ni menimbulkan rasa tak puas hati. Salam Bersatu, Salam Serumpun dan Salam Emas untuk semua SAVIOURS!!!
(sajak dari Wan Mohd Nor Wan Daud)


AKU BIMBANG, KHUATIR……
Aku sungguh bimbang sekali
bahawa umat kita tidak akan bangkit lagi
bukan kerana tiada pemimpin berwibawa di setiap bidang
bukan kerana pertumbuhan ekonomi tidak cemerlang
bukan kerana suasana politik yang tiada aman
bukan kerana rakyat jelata malas berusaha siang malam.


Aku khuatir umat kita tidak akan bangkit lagi
kerana pemimpin berwibawa disetiap bidang tidak didengarkan
suara mereka yang berani benar tentu tidak menyedapkan
cadangan mereka yang mengislahkan perkara mengambil masa
bukan untuk cepat mencari untung mengira laba
bukan juga untuk menangi pilihan raya kan tiba
bukan untuk menagih liputan media massa
hanya inginkan kejayaan berkekalan
mendapat keredhaan di dua kehidupan

Aku khuatir umat tidak akan bangkit lagi
Kerana pertumbuhan ekonomi cemerlang tidak digunakan
Untuk mengukuh akhlak tinggi di peringkat atasan
Yang mudah berubah dengan longgokan kekayaan
Yang takabbur lalu merendah bidang tak menguntungkan.


Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi
Walau ekonomi melambung tinggi
Umatku sibuk membeli saham menjual budi
Anggap sekolah,madrasah tidak bererti jika gagal meningkat gaji
Universiti tidak dinilai secara insani,hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan.


Aku bimbang walaupun suasana politik begitu aman
Rakyatku sentiasa ditakutkan dengan cerita khayalan
Tidak berani menyata kata walau hak di dusta selalu
Tidak sanggup membuka mata walau muka diconteng melulu
Tidak malu membuat fitnah walau berada di pintu kaabah
Tidak gentar pada al-Haqq kerana takut hilang anugerah.


Aku bimbang umatku tidak akan bangkit lagi
Kerana yang malas selalu diganjari 
Kerana pandai memuji tinggi
Kerana terlalu tunduk mematuhi
Tanpa mengira ajaran amaran ilahi
Tanpa mengikut undang-undang negeri.
Ulama dapat dibeli,hakim dapat ditakuti.


Bagaimana kita akan bangkit semula melawan musuh
Jika ayam jantan yang senang berkokok setiap subuh
Membuka mata bangsa,menjernihkan yang lama keruh
Di potong lidahnya,disepak terajang si anak bodoh???


Aku sungguh bimbang kita akan terus begini
Kerana puyuh pentadbir diangkat mengawal helang ilmi
Tata-cara sekolah rendah diguna-pakai di universiti tinggi
Kaedah mengurus wang dipertuhankan,dianggap suci
Diguna membangun insan,menilai sumbangan ulama dan Nabi.


Kita akan terus begini seribu tahun lagi
Kerana tabiat buruk membazir sentiasa diulangi:
Suka merungkai semula ikatan yang telah diikat kejap
Membuka kembali tenunan halus nan telah lama siap 
Menebang pokok meranti tinggi,rendang dan tegap
Semata-mata kerana benci,dengki dan hasad!!



Bagaimana kita akan bangkit semula 
Memimpin dunia mendapat syurga?
Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma 
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru,pensyarah kehilangan arah
Ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik,bertuhankan laba 
Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala
Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentar-
Cekap mengubah fakta,meminda makna ,mengejar kuasa 
Adam akan menyesal
Dan iblis berkenduri besar...........


cetusan idea////MUTiaRA TaMAn ADabi/////
Wan Mohd Nor Wan Daud

No comments:

Post a Comment