Friday, December 31, 2010

NEW YEAR!

Selamat tahun baru 2011 buat semua...

Harap dengan hadirnya tahun baru, kita semua bangkit dengan azam yang baru, dan sama-sama kita mencapai cita-cita.. Kalau azam tahun lalu tak tercapai, maka bawalah azam itu ke tahun ini, semoga azam itu akan terlaksana.

Bertambah lagi setahun umur kita, maka makin dekat diri kita dengan kematian. Wahai teman sekalian, yang mana telah tersilap arah tu, kembalilah ke jalan yang benar, agar terjamin masa depan kita di akhirat kelak. Dunia penting, tapi akhirat lagi penting. Ketahulah bahawa azab di akhirat sangatlah pedih. Renung-renungkan kata-kata ini.

Janganlah berputus asa dengan rahmatNya, kerana jika satu nikmat kita ditarik, pasti Yang Maha Esa akan mengurniakan lebih banyak nikmat kepada kita. Jadilah optimistik dalam kehidupan seharian. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat hambanya.

Yang jauh kita rapat-rapatkan, yang dekat kita erat-eratkan, semoga ukhuwah antara warga SA[VI]OUR kekal kukuh sampai bila-bila.

Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam mengejar impian masing-masing. terus kekal berhubung ea?

Selamat Tahun Baru 2010!

PASUMian

No comments:

Post a Comment