Friday, December 10, 2010

Takziah diucapkan kepada Hafiz Zainal

Aku dgr bapa kepada Hafiz Zainal telah pulang ke rahmatullah. Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat dan jauh daripada seksa kubur.

Al-Fatihah.

To Hafiz Zainal. Be strong. Bawa byk bersabar. Ingatlah janji Allah dlm Quran:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Surah Al-Baqarah 2: 155-157)

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

Sorry for your lost.

No comments:

Post a Comment