UUM ubah persepsi terhadap artis
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
KINI, artis tempatan semakin bijak malah bertambah cerdik menepis tanggapan atau persepsi yang meletakkan mereka dalam golongan tidak berilmu.baca sepenuhnya (versi panjang lebar) : Utusan Malaysia
Lantaran itu, bagi menyokong pendirian mereka itu, 11 selebriti berkolaborasi bagi membuktikan peranan mereka melangkaui kebolehan artis itu semata-mata dengan mengikuti projek sehari bersama pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS), Cheras, Kuala Lumpur yang diadakan baru-baru ini.
Antara artis yang terlibat ialah Suffian Saujana, Neves Pretty Ugly, Zed Zaidi, Diddy Hirdy, Zamshuri Ramli, Zehra Zamri, Yusanani Yushak, Zainatul Syuhaida Rahman dan Naim Suria FM.
Rata-rata pelajar terpukau dengan program anjuran para pelajar UUM ini kerana di *sekolah berasrama yang menempatkan para pelajar terbaik itu belum pernah diadakan program yang sebegitu terperinci sebelum ini.
Di samping berkongsi segala manfaat dengan hampir 300 pelajar sekolah berkenaan, para artis turut tidak melepaskan peluang untuk menghiburkan pelajar dan tetamu setelah penat memerah otak.
Kesemua penyanyi yang terlibat berkongsi pentas mendendangkan beberapa buah lagu hit mereka dan ia mendapat sambutan hangat pelajar apabila sama-sama menyanyikan lagu yang dipersembahkan.
Alah, zaman kita dulu Ezlynn datang. Siap duet dengan ayahanda lagi...keh2
No comments:
Post a Comment