Saturday, November 13, 2010

Badru Mustaqiim Kemalangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Sebagai salah seorang ahli batch Saviour0809@oasiskl, saya merasa terpanggil untuk menyampaikan berita yang agak mendukacitakan. Sahabat kita, saudara Badru Mustaqiim bin Mohd Azman telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kelantan. Saya difahamkan bahawa beliau telah dirempuh oleh sebuah lori. Keadaan beliau walau bagaimanapun dilaporkan stabil dan cuma mengalami patah tulang di bahagian paha. Beliau yang ketika itu hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum peperiksaan MUET terpaksa mengambil peperiksaan itu di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Pihak admin blog mengajak kawan2 untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau sembuh seperti sedia kala dalam kadar yang segera. Semoga beliau dikurniakan kekuatan agar dapat meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar dengan normal kembali....

Buatmu sahabat, kami titipkan doa buatmu agar dirimu diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. untuk menempuhi kehidupanmu seperti sedia kala... Semoga dirimu senantiasa di bawah lindungan Allah S.W.T...

No comments:

Post a Comment