Monday, November 15, 2010

Perkembangan Terkini Badru Mustaqiim

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SaVIour..

Alhamdulillah, berkat doa kita bersama, saudara Badru Mustaqiim telah pulih dengan agak pantas daripada kecelakaan yang dialami oleh beliau. Saya difahamkan bahawa beliau telah mendaftar keluar dari Hospital Raja Permpan Zainab II, Kota Bharu pada hari Isnin, 15 November 2010. Lebih menggembirakan lagi, dalam perbualan telefon bersama beliau, suara beliau kedengaran agak ceria. Beliau juga sudah boleh berjalan khabarnya, walaupun dikhabarkan yang beliau masih lagi mengalami kesakitan, dan sedikit terhincut-hincut lagi. Almaklumlah, baru sahaja keluar dari hospital. Beliau telah pulang ke rumah.

Beliau juga berkata yang beliau akan dapat menghadiri semester baru di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya. Perkembangan ini begitu menggalakkan bagi beliau, kerana dapat meneruskan pengajiannya di sana dalam jurusan Asasi Alam Bina.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatan beliau akan kembali seperti sedia kala. InsyaAllah....

Tunjukkan semangat batch anda! :)

No comments:

Post a Comment